Wednesday 14 September 2011

Apa Yang Betul Tetap Betul

Alhamdulillah hampir semua sudah terlerai.Hampir semua sudah jelas terbukti.Hampir semua sudah terhurai dengan suci.


Allah Yang Satu.Percayalah apa yang betul lambat ataupun cepat Dia akan tunjukkan.Kami berdiam dan terus berdoa agar ditunjukkan kebenaran olehNya.Kami bersabar atas setiap apa yang dia lakukan.Kami tidak sesekali membalas malah semakin berdoa agar dia ditunjukkan jalan yang benar suatu hari nanti.Kami jugak tidak perlu menjaja cerita sedih untuk meraih undian semua pihak.Dan hari ini Allah telah membuka mata dan hati semua manusia yang selama ini menjadi hakim dalam permasalaah kami. Dan Perselisihan faham dek kerana hasutan dan fitnah dari manusia durjana ini sudah terlerai.Makin ramai manusia-manusia yang termakan fitnah manusia durjana ini tampil dan memohon maaf.Yup sudah tentu kami maafkan kalian.Bagi kami kalian semua tidak bersalah.Yang bersalah adalah manusia itu!


Siapa manusia durjana itu? Seorang insan yang amat saya kesali kerana mengenali dirinya.Seorang insan yang bertopengkan syaitan.Seorang insan yang sesekali tidak mampu melihat kebahagian orang lain.Seorang insan yang dalam hatinya penuh tipu muslihat, hasad dengki. Dan kini percayalah manusia itu sedang menanggung penderitaan yang diciptakannya sendiri.Manusia itu kini senang menjalani fasa kesunyian di dalam kehidupannya sendiri.Manusia itu juga kini terpaksa menelan segala fitnah yang pernah dilemparkan pada kami dahulu.Dan ingatlah wahai saudari, walau kemana anda lari,walau kemana anda membawa diri, anda tidak mungkin mampu menemui ketenangan selagi anda tidak menginsafi diri dan kembali pada Penciptamu.

4 comments:

  1. biar dia rase dgn segala perbuatan dajal yg die created sndiri,
    alhamdulillah k.yana sekarang sudah berada di zon selesa.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah Yana.. CK pun rase bersyukur sgt2 sbb yana pun dpt menilai mane buruk dan baik manusia itu... dan CK jgk brsyukur sbb segala fitnah yg dilemparkan pada CK telah jelas ketidakbetulannya... dgn cerita2 yg tidak benar, manusia itu jgk kini tiada lg teman sekeliling.. Bukan berdoa dgn niat jahat tp sekadar berdoa agar Allah membuka mata mana2 manusia yg masih tertipu dgn MANUSIA itu...amin...

    ReplyDelete
  3. Pucat : Thanks syg..Alhamdulillah kak yana sgt bahagia dgn kehidupan skrg.Kak yana nak bina kehidupan berkeluarga sendiri.Mudah-mudahan dia berhenti kacau hidup kami lagi.Abah kak yana pun dah report polis sbb mcm2 hal dia buat utk kacau kak yana..Scary btol pompuan tua tu :(

    ReplyDelete
  4. CK : Dulu yana pun terpengaruh dgn fitnah yang dia lempar pada CK dan keluarga.Tapi Allah Maha Adil, kini dia dan keluarga menerima azab kerana suka menabur fitnah pada org.Maaf sbb dulu yana terpedaya oleh cerita sedih dia :(
    Alhamdulillah kini Allah dah buka mata luas-luas.Bukan mata kita saja, tetapi mata semua individu yang terlibat.Kat pejabat pun dia kena pulau,tu pun sbb perangai busuk dia.Dan skrg dia lari jauh ke selatan sbb tidak tahan lagi nak hidup kat sini.Alhamdulillah :D

    ReplyDelete

Puan Saifuliyana