Monday 25 February 2013

Selepas itu...

Setelah agak lama...




Thank you photographer. Baru jumpa CD gambar kahwin! hehehe!

Wednesday 28 September 2011

Rindu sudah mula bertandang

Cewaaaah tajuk ektri kasi gempak punya! ececececece


Memang rindu saya sudah mula bertandang.*apa,ingat pisang je ke boleh pakai tandang?

Sebenar-benarnya, saya sudah mula merindui mama dan abah yang berada nun jauh di Afrika :(  Terasa nak terbang je pergi kat dorang!Sunyi dan sepi sgt rasa diri ini.Yelah sejak duduk berasingan ni setiap pagi WAJIB ada call atau BBM dari mama atau abah..

Papepun doakan keselamatan mereka disana..Semoga Allah sentiasa melindungi mereka disana.Tak sabar nak tunggu dorang balik. * Muka sedih

Saturday 17 September 2011

Entri tanpa nama ;p

Hari Isnin dah start keje.So, esok dah kena balik rumah.Sayang nak tinggal kampung halaman.Bahagia ber'weekend' bersama ayahnda dan bonda. T_T


xoxo

Wednesday 14 September 2011

Apa Yang Betul Tetap Betul

Alhamdulillah hampir semua sudah terlerai.Hampir semua sudah jelas terbukti.Hampir semua sudah terhurai dengan suci.


Allah Yang Satu.Percayalah apa yang betul lambat ataupun cepat Dia akan tunjukkan.Kami berdiam dan terus berdoa agar ditunjukkan kebenaran olehNya.Kami bersabar atas setiap apa yang dia lakukan.Kami tidak sesekali membalas malah semakin berdoa agar dia ditunjukkan jalan yang benar suatu hari nanti.Kami jugak tidak perlu menjaja cerita sedih untuk meraih undian semua pihak.Dan hari ini Allah telah membuka mata dan hati semua manusia yang selama ini menjadi hakim dalam permasalaah kami. Dan Perselisihan faham dek kerana hasutan dan fitnah dari manusia durjana ini sudah terlerai.Makin ramai manusia-manusia yang termakan fitnah manusia durjana ini tampil dan memohon maaf.Yup sudah tentu kami maafkan kalian.Bagi kami kalian semua tidak bersalah.Yang bersalah adalah manusia itu!


Siapa manusia durjana itu? Seorang insan yang amat saya kesali kerana mengenali dirinya.Seorang insan yang bertopengkan syaitan.Seorang insan yang sesekali tidak mampu melihat kebahagian orang lain.Seorang insan yang dalam hatinya penuh tipu muslihat, hasad dengki. Dan kini percayalah manusia itu sedang menanggung penderitaan yang diciptakannya sendiri.Manusia itu kini senang menjalani fasa kesunyian di dalam kehidupannya sendiri.Manusia itu juga kini terpaksa menelan segala fitnah yang pernah dilemparkan pada kami dahulu.Dan ingatlah wahai saudari, walau kemana anda lari,walau kemana anda membawa diri, anda tidak mungkin mampu menemui ketenangan selagi anda tidak menginsafi diri dan kembali pada Penciptamu.

Wednesday 7 September 2011

Pencarianku Berakhir Disini

Hai Peps!

Actually semalam baru je dapat sebahagian lagi gambar dari second photog untuk majlis akad nikah kami..So, hari ni diri menggeletis nak upload bagi mengembalikan nostalgia malam akad nikah * cewaahhh bajet cam dah lama sgt kawen kan ;p


So, Jom Cikidout yaauuwwww :D





















Saya sekadar ingin mencoretkan sekaligus menyimpan segala memori terindah saya di dalam blog saya yang tidak seberapa ini.Dannnnnn semoga coretan diari ini tersimpan rapi sampai bila-bila!


Jumpa lagi ya.

Monday 5 September 2011

Ditinggalkan Bersendirian

Mencari tajuk entri yang mampu meraih simpati para pembaca budiman.Tajuk entri yang penuh tanda tanya.Tajuk entri yang mungkin mampu menggalakkan para pembaca budiman membaca hingga ke barisan yang terakhir!



Yupp saya ditinggalkan bersendirian oleh si suami kerana beliau outstation.Baru semalam berada di rumah mama abah bersama adik beradik yang lain.Belum puas menikmati suasana raya yang sungguh menggamit hati.Tetapi apakan daya, kerana tuntutan tugas, kami semua kembali menunaikan tanggungjawab masing-masing T_T.  So, kami sepakat untuk berpisah dari teratak mama dan abah menuju ke destinasi masing-masing semalam.Kakak, abang dan adik kembali ke ibu kota manakala saya dan suami kembali membujang di rumah kami T_T * muka sedih skali lagi aci kan?




Dan hari ni suami pulak yang kena outstation.Kena tengok projek yang nun jauh disana.Saya? sendirian kat rumah..Apa lagi nak buat selain daripada basuh baju ( almaklum baru balik dari travel lama, baju penuh satu bakul), kemas dapur ( even dapur masih berkilat sebab dah lama tak masak ) tsk, tengok TV ( even rancangan mcm hampeh ).Apa lagi yang saya nak buat? Opsssss lupa nak amsuk skali selain daripada update blog, update tweet, update status bbm. Apa lagi? Apa Lagi ? Apa Lagi?

Jawabnya lepas mandi, solat dan TIDURRRR Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz  jelah!









Kembali Bertugas

Dah habis sesi berkunjung mesra sanak saudara dan rakan taulan.Dah habis sesi melantak kuih muih ketupat rendang.Dah habis sesi memberi duit raya. Akan tetapi sesi memakai baju raya belum lagi tamat walaupun hari ini sudah mula kembali bertugas.Maka saya menghabiskan sisa-sisa baju raya yang belum dicemari even hanya untuk datang ke pejabat T_T


Ceritera indah menyambut Aidilfitri akan di-hupdate-kan kemudian yeeeee...

Tadaaaaaaaaaaaaa

Puan Saifuliyana