Thursday 30 June 2011

Sehari Sebelum

Break sekejab! Break sekejab!


Hello semua. Macam yang saya bebelkan hari tu, keadaan memang agak tegang sedikit kerana kekangan masa. Sangat-sangat memerlukan masa. Tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk majlis kami. Cuak sungguh!


Bermula pagi tadi, sesi rehearsal sudah bermula untuk kami. Tapi sekarang dah break sekejab untuk lunch. Bila dah settle rehearsal ni, lagi lah berdebar-debar. Rasa macam masa lagi tak cukup. Boleh ke? Thanks sangat pada semua yang sudi membantu kami suami isteri dan keluarga sepanjang masa ni. Hanya Allah sahaja dapat membalas budi kalian semua.


So lepas ni sesi rehearsal akan bersambung kembali. Kalau dapat curi masa lagi, nanti saya update. Harap-harap takde sape la yang bosan baca update saya. Hehe.


Kepada yang sudi untuk datang ke majlis kami nanti, terima kasih dari pihak pengantin (suami dan saya la tuuu!) dan seisi keluarga. Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita eratkan. Kan? Kan? Hehe. Yang nak drive jauh-jauh tu, be careful on the road ya!


Doakan semuanya lancar untuk kami ya. InsyaAllah.


Menjenguk Ke Dewan Kami



Yang benar,
-Pengantin yang berdebar-debar-


Wednesday 29 June 2011

Perutusan Kami

Hari yang sangat memenatkan. Terlalu banyak yang telah saya selesaikan. Sangat berdebar-debar menantikan detik persandingan kami nanti.


Hari ini hari menyelesaikan semua urusan berbaki termasuklah memanjakan diri di spa. Sungguh menenangkan. Kalau hari-hari masuk spa pun tak apa kan? 


Saya dan suami bakal menjadi sangat sibuk sepanjang hujung minggu ini. Mintak-mintak semuanya berjalan seperti perancangan kami. InsyaAllah. Dan inilah kad perutusan raja sehari kami. Simple dan ringkas. Yang penting, sangat menepati citarasa dan menepati tema kami. 


Perutusan Raja Sehari


Okay. Esok kena sambung kerja lain berbaki. Mungkin update akan tergendala sehingga majlis selesai. Hehe. Tungguuuuu.......! Tidur dulu!

Tuesday 28 June 2011

Reception

Okay. Sibuk! Sibuk! Busy! Busy!


Macam tak cukup tangan. Tapi berehat sekejab. Saya dan suami sedang sibuk membuat persiapan akhir sebelum reception majlis perkahwinan kami yang tinggal beberapa ketika nanti. Semoga semuanya berjalan lancar. Kad sudah dikirim, Ada juga yang kami call dan sms. Oh dan juga di FB.


Cinta Tersimpul Mati

Saturday 18 June 2011

Dunia Baru

Alhamdulillah.


Merisik sudah bertunang pun sudah. Selepas sekian lama menyulam cinta dan cuba mengenali isi hati masing-masing, akhirnya saya dan pasangan cinta saya telah selamat diijabkabul dalam satu acara tertutup.Alhamdulillah. Hanya itu yang mampu saya katakan kerana semuanya berjalan lancar.


Sekadar berkongsi ceritera. Sesungguhnya, merancang dan cuba menjayakan majlis ijab dan qabul adalah pengalaman terindah. Memang saya merasa sungguh excited. Tatkala sedikit stress kerana tuntutan kerja dan masa. Mujurlah encik tunang sentiasa di sisi di saat manis gembira mahupun masam mencuka. Sesungguhnya itulah cinta hati saya dunia akhirat, InsyaAllah.

Majlis ijab dan qabul kami diadakan di kediaman ayah bonda saya dan dihadiri keluarga dan sahabat handai terdekat. Alhamdulillah. Semua yang dirancang menjadi pada hari itu. Saya sangat berpuas hati kerana pelamin ijab dan qabul terletak indah seperti gambaran saya. Jutaan terima kasih kepada semua yang bertungkus-lumus, sama-sama berpening kepala dengan saya ya! 



Pelamin Bertema Taman


Semoga ikatan cinta kami sehingga ke syurga. Doakan kebahagian kami ya. Nanti saya update lagi ya!



Ikatan Cinta Kami


Puan Saifuliyana