Thursday 28 July 2011

Jimmy Shanley & Suhaila

Media sibuk memaparkan pergolakkan rumahtangga Jimmy dan isterinya. Saya rasa mereka patut diberi ruang dan lebih privacy.

Terbaru ialah tentang isteri Jimmy telah melantik peguam untuk hak penjgaan anak mereka. Semoga masih ada lagi sinar dalam rumahtangga mereka. (Sumber : OhBulan & Google)









Wednesday 27 July 2011

Surat Cinta!

Semalam bos hantar saya outstation lagi.Kali ke 6 untuk bulan June.Terima kasih bos! * eh perlu ke ada tanda seruan?

Saya tinggalkan lagi jejaka kesayangan saya demi mencari sesuap nasi T_T. Perjalanan yang memakan 3 jam pergi dan 3 jam balik ini amat memenatkan kerana saya terpaksa memandu En Suzuki saya bersendirian.* kalau ada teman langsung x penat sbb mulut asyik exercise ;p

Namun ada insiden yang menekan sanubari saya.Dalam perjalanan pergi saya telah dilayangkan sekeping surat cinta.Saya sudah berkahwin!Hati saya sudah dimiliki.Sanubari saya sudah dijanjikan hanya untuk dia!jiwa saya hanya akan mati juga untuk dia!

Dan dalam layangan surat itu juga, si pemberi surat ajak dating sekurang-kurangnya dalam masa 10 hari.OMG! That means saya kena jumpa dia paling lewat hari Jumaat ni.Kemon! Kemon! Kemon! Dugaaaaannnnn T_T

Otak puas berfikir cara bagaimana untuk memberitahu perkara ini pada jejaka kesayangan.Perlukah dialog berlangsung seperti ini :

"Sayang, smlm Abg JPJ saman kete I sbb tinted gelap? pastu I kena gi jmpa dia dalam masa 10 hari?U temankan i boleh? " * sambil mata kelip-kelip manja

Okey, harap dialog ini berjaya mendapat senyuman manis dari jejaka kesayangan.Amin

Dan untuk semua abg-abg JPJ sekalian, terima kasih diatas surat cinta a.k.a surat saman semalam.
Sekian luahan dari saya.

Daripada,
Si pengguna jalan raya yang berhemah!

Monday 25 July 2011

Anak Angkasawan Negara

Tahniah diucapkan pada Dr Sheikh Muzaffar dan isteri di atas kelahiran baby yang tersangat cute ini!Sophea Isabella.Wow seindah nama..Dan saya saja buat entry ni agar tdo malam ni mimpi baby supaya membawa berkat.Doakan saya cepat dikurniakan anak ye..Gud nites peeps!



Jom seru mimpi baby comey!



Sunday 24 July 2011

Demam, ada pelbagai Demam

Ini bukan demam biasa yang tetiba nak kena makan bubur.Bukan demam biasa yang kepingin pelawat datang bawak anggur tanpa biji.Demam ini jugak demam yang tak perlu ke doktor, baik doktor hospital kerajaan yang kena beratur amik number berpuluh-puluh dulu baru boleh masuk bilik doktor ataupun doktor klinik swasta yg tilik-tilik skit, suluh-suluh skit pastu kena bayar  30 atau 40 henggit!Tapi ini punya demam jika dibiarkan boleh memudaratkan keadaan sekeliling.


Demam sebegini banyak melanda kita semua warga yang celik pada keadaan dunia semasa.Baiklah, saya nak senaraikan demam yang selalunya melanda kita semua warganegara Malaysia! Yang pertama :



DEMAM RAYA.Demam ni kebanyakan ubat dia ada dijual di Jalan TAR, Chow Kit, KLCC, Pavillion dan sebagainya lah.Tapi yang penting demam ni saya memang terkena tiap-tiap tahun.Dan tahun ni demam ni paling panas sebab demam ni beregu bersama jejaka kesayangan  buat tahun yang pertama * baju raya pun dah siap ;p







DEMAM DRAMA : Demam ni antara paling dasyat.Ini dinamakan DEMAM BERSIRI.Dan Malaysia baru je kebah pasal Demam Seth Tan dan Nora Eleena.Sekarang duk demam Stanza Cinta pulak







DEMAM FB: Boleh dikata hampir semua manusia di atas muka bumi ini ada acc FB.Cuma bezanya demam panas atau demam kura-kura je.Yang addict kat Fb tu boleh dikatakan demam panas lah kot









DEMAM CHENTA: Waa demam ni paling syok ni.Demam ni boleh melarat sampai bertahun-tahun ni.Dan saya mengakui pernah beberapa kali terjangkit demam ini





DEMAM BOLA.Demam panas yang melanda para peminat bola sepak dan akan kebah bila dah habis musim bola. * terasa sangat patriotik bila baca kata-kata gamabr kat atas.Rasa nak berdiri tegap dan nyanyikan lagu NEGARAKU!




Ni antara senarai demam yang pernah saya alami.Demam lain memang masih dan terlalu banyak lagi lah.Tak larat nak letak kesemuanya so, saya tekankan pada sindrom-sindrom yang pernah saya alami.Cuma buat masa skrg ini selain daripada DEMAM CHENTA dengan si jejaka kesayangan, saya juga terjurumus di dalam Demam yang satu ni.Aceli dulu dah pernah kena penyakit demam ni pastu dia baik sendiri.Tapi sekarang dah berjangkit dengan adik ipar OMG demam ni datang lagi.Tdo malam pun mimpi menda ni, driving pun duk khayal menda ni.


DEMAM KOREA: Saya memang suka sangat-sangat citer ni.Tengok sengih sorang-sorang pastu khayal nak masuk sama dalam citer ni.Fuhhh


Friday 22 July 2011

Lagu Hujung Minggu

Sang suami post ke wall fb si isteri. Tergelak-gelak saya mendengar.






Selamat berhujung minggu semua!

Sunday 17 July 2011

Cerita Cinta Kami

Pejam celik pejam celik. Dah beberapa ketika kami menjadi kekasih halal. Syukur. Lega rasanya kerana cinta dan rahmat Ilahi, diiringi restu ayah bonda dan keluarga.


Biarpun inai kat jari dah tinggal 3/4 merah, namun saya masih terasa bagai baru semalam kami jatuh cinta. Dan yang menjadi kayu pengukur keindahannya bilamana di dalam alam perkahwinan ini setiap hari umpama pengalaman cinta terindah yang baru tercipta. Mudah-mudahan bahagia abadi milik kami.


So saya rasa macam membuak-buak nak berkongsi cerita tentang kami. Jadi saya dedicatekan 1 entry istimewa. Ala....macam summary percintaan kami! Boleh tak macam tu?

Dan sekarang saya mempersembahkan satu episod istimewa untuk semua pembaca yang budiman...


Cinta kami berputik pada suatu ketika dahulu. Nak cerita pun macam rasa malu-malu lagi. Mungkin bagi orang lain, ini adalah satu cerita biasa, tapi bagi saya inilah cinta hati saya. Bagi saya inilah cinta terindah kami. Kami bertemu pada zaman-zaman saya menjalankan praktikal saya dulu. Jadi memang nampak kan, cinta kami berputik sudah sekian lama ? Hehehe. Mula-mula berjumpa, saya pun tak kenal siapa gerangan jejaka tu. Orangnya nampak manis dan biasa-biasa. Tapi lama-kelamaan baru saya sedar jejaka yang sama-sama sedang mengenali hati budi bersama-sama saya itu adalah anak saudara boss tempat praktikal saya. Adoi! Alamak! 


Mula-mula memang saya cemas dan serba tak pasti. Tapi kesungguhan jejaka membuatkan hati wanita saya mencair jua. **comel** Apa ada pada harta, pangkat dan dunia. Paling utama ialah keikhlasan hati. Kan? 



Ketika Cinta Berputih, Kasih Bersemi



Setelah sekian lama menyemai cinta, akhirnya kami sepakat untuk membawa percintaan kami ke tahap yang lebih serius. Maklumlah, setelah yakin dan rasa kenal hati budi, eloklah di bawa berjumpa keluarga kan? Jadi pada 14hb Februari 2010, jejaka kesayangan telah membawa rombongan keluarganya datang meminang saya. Sebenarnya, kami sepakat memilih 14hb Februari setelah berbincang semasa rombongan merisik datang. Sedang molek kami sama-sama sibuk dan tanggal 14hb Februari jatuh pada cuti umum. Jadi memang molek kan? Cuti pun jimat! Jom kongsi detik pertunangan kami!




Ketibaan Sang Arjuna Dan Rombongan! Hehehehe...!



Si Dara Menanti Dengan Pasti....!



Terpatri Sudah Janji Kami



Memandangkan saya adalah puteri bongsu ayah dan bonda, maka mereka sepakat untuk memastikan majlis menjadi seperti yang diingini. Syukur saya panjatkan kepada Allah dengan anugerah diberi. Walau pun majlis sekadar kami sahaja, tetapi kemeriahan tetap dirasai. 


Namun yang paling terasa tentulah kekanda saya. Abang saya adalah anak ketiga. Memandangkan dua kakak saya sudah pun berumahtangga, maka sepatutnya abang sayalah yang menyusul. Tapi nak buat macamana kan, jodoh saya datang dahulu. Kesian abang saya kerana pada hari pertunangan saya tu teruk jugak dia kena usik kerana kebetulan time saya tunang ni dia masih single and langsung takde girlfriend. Katanya cinta hatinya belum terjumpa.Tapi dia ni steady je. Lelaki kan macho! haha. Namun kini saya bersyukur. Semasa saya mencoret ceritera indah ini, abang sudah bertemu cinta sejatinya. Sedikit jauh ke selatan. Gadis comel dari Johor. Bakal kakak ipar saya ni baik orangnya. Mudah mesra. Ayah dan bonda pun sudah memberi lampu hijau tanda setuju dan restu untuk dibawa ke dalam keluarga. Walau pun muda daripada saya, orangnya matang. Datang dari keluarga baik-baik dan yang paling penting, pandai membawa diri. Mudah-mudahan itu yang terbaik untuk abang saya. Wallahualam.



Saat-saat Akhir Bergelar Tunangan Orang



Persiapan Photo-shoot Pre-Wedding



Pejam celik pejam celik, sampai masa kami untuk disatukan. Macam yang telah saya ceritakan dalam entri terdahulu tentang majlis akad kami, kami disatukan di rumah ayah dan bonda saya di Kuala Terengganu. Majlis dihadiri keluarga dan rakan terdekat sahaja. Bukannya apa, sebab ruang terhad dan kami sudah memperuntukkan 2 majlis berasingan untuk tetamu budiman bersama kami.



Kekasih Halalku



Selepas sah bergelar suami dan isteri, maka kami mula bersiap-siap untuk majlis meraikan perkahwinan kami. Majlis yang pertama ini adalah sebelah pihak saya. Dalam entri-entri dulu, ada jugak saya selitkan cerita persiapan. Antaranya keadaan preparation majlis persandingan kami, hari persandingan kami dan sesudah selesai majlis persandingan kami. Tapi ceritera tidaklah sedetail mana sebab kekangan masa. Maklumlah, mencuri masa untuk berblog semasa sibuk membuat persiapan majlis. 


Majlis persandingan kami berlangsung di sebuah dewan di Kemaman atas permintaan Ayah dan Bonda. Maklumlah, mereka menetap di sana sekarang kerana tuntutan kerja. Jadi saya fikir, apa salahnya kan lagipun rakan taulan mereka ramai kat sana. Jadi tak perlulah mereka terkejar-kejar ke Kuala Terengganu. Selain itu, majlis ijab dan qabul tempoh hari sudah pun diadakan di teratak ayah bonda di Kuala Terengganu.


Paling saya suka ialah dekorasi dewan dengan pelamin yang cukup indah. Keseluruhan hiasan dewan menggunakan  bunga hidup. Fresh flower memang menepati kegemaran saya . * sebab itu si jejaka kesayangan pun selalu hadiahkan bunga hidup* So, jutaan kalungan terima kasih haruslah diberikan kepada wedding planner! Dan Dif kehormat untuk majlis kami tempoh hari adalah YAB Menteri Besar Terengganu. Kami sekeluarga amat berbesar hati kerana beliau dan isteri sudi datang meraikan cinta kami dengan renjisan bunga rampai dan sebagai tetamu meja santapan utama. Dewan memang meriah dengan hidangan ' slide show' episod cinta kami yang telah direka khas oleh abang videographer.Dan yang paling wajib dalam setiap majlis perkahwinan walau dimana saja, sudah tentulah  riuh-rendah sanak saudara dan tetamu bergembira. Moment terindah ini pulak banyak terukir di camera masing-masing.Terima kasih pada 'abang-abang' photographer yang berjaya memenuhi citarasa kami.* abang-abang merujuk kepada 3 orang photographer professional kami dan beberapa orang photographer bebas*.Tapi kat sini saya cuma letak serba sedikit gambar untuk tontonan Pembaca Budiman yang sudi melihat dari kejauhan majlis kami.Maka gambar yang yang lain saya 'tempek' di FB saja lah ye.Jangan lupa jenguk FB saya!




Ketibaan rombongan Keluarga baru saya disambut meriah



Terlalu jatuh hati pada si penabur bunga yang cilik milik



Kami diring masuk ke dewan




Langkah Beriring Mempelai




Pasangan Mempelai bersama-sama Ayah Bonda & Dif Kehormat,, YAB MB Terengganu & Isteri



Kasih Sayang Kami



Kemeriahan kami!Gold dari pihak saya dan merah dari pihak lawan



I luv the cake.Thanks mama!



Pose manja menggoda lemah gemalai dari kami ;p



Pelamin yang menjadi tugu cinta kami pada hari yang bersejarah itu








Sebahagian Hantaran Kami




Selesai majlis persandingan, maka menyusul majlis bertandang atau nama manjanya, majlis menyambut menantu. Majlis bertemakan hijau epal adalah juga berlatarkan fresh and sweet flower.So, majlis haruslah berlangsung dengan jayanya. Saya rasa sungguh terharu dengan sambutan keluarga mentua yang bersusah-payah menyediakan majlis untuk meraikan saya sebagai ahli baru keluarga mereka.


Majlis menyambut menantu di rumah mentua saya bermula seawal 11pagi dan berakhir sehingga lewat petang. Terima kasih kepada keluarga baru saya kerana membantu menjayakan majlis kami. Lauk pauk hidangan air tangan Bonda juga enak mempersona. Memang ramai yang memuji!.



Pintu gerbang yang unik!



Ketibaan saya dan keluarga



Kami beriringan masuk ke pelamin




Kami disandingkan sekali lagi * muka jejaka kesayangan agak ketat di situ ;p



Acara Memotong Cake Di Majlis Sambut Menantu







Inilah sedikit-sebanyak coretan yang dapat saya share untuk kalian, pembaca setia! Alhamdulillah bila semua yang dirancang berjalan dengan baiknya atas keizinan Yang Satu.So ni macam entri penutup la. Next entri citer lain la pulak kan? kan? kan?


So go enjoy my wedding photos! Hehehe.




Ya! Majlis kami!




Sang Putera Menyelamatakn Puteri. Hehehe...




Pengantin turun padang




Bersama Keluarga Baru Saya




Selepas tetamu beramsur pulang.......!




"Menutup lembaran sambutan majlis perkahwinan kami dengan restu dan doa kalian. Maka terbentanglah lembaran cerita baru kami, sebagai sang suami dan isteri. Semoga ikatan suci ini terpatri di hati, tersimpul mati. InsyaAllah."

Wednesday 13 July 2011

Masak Ikan Kering Tapi Kelazatan Mengalahkan Fish N Chip!

Waaa sila rujuk tajuk kat atas tu!Serious saya cakap mmg betul.Ceritera dia camni, hari ahad yang lepas saya on leave dan yang bestnya Si ' Jejaka Yang Benar ' pun cuti jugak.So, kami sepakat membawa berkat untuk masak sama-sama.Ini sebenarnya lebih kepada main masak-masak sebab dua-dua tak pandai sangat nak masak.huhu


Entri ni bukan saya nak cerita pasal keenakan masakan kami.Tetapi lebih kepada sepakat membawa berkat.Yang berat jadi ringan.Sebab itulah tajuk saya sepertimana yang diatas.Even kita masak ikan kering pun, tapi kebahagian yang dikecapi mengalahkan kelazatan Fish n Chip Okeh! Dan jujur jugak saya nak katakan yang saya ni masih dalam fasa belajar memasak.Kalau boleh saya nak pandai masak semua makanan kegemaran ' Jejaka Yang Benar '. Yelah kan orang tua-tua selalu cakap masakan salah satu cara kita nak ' ikat ' suami :P


So, pada hari kejadian, saya dan ' Jejaka Yang  Benar ' pun pegi lah beli sedikit sebanyak barang-barang untuk dijahanamkan di dapur bonda :P. Apa yang saya suka ialah si suami tidak lekang memberi sokongan yang padu even time saya masak pun phone tak lekang dari telinga.BB saya lah yang menjadi saksi perhubungan antara saya dan mama.Kejap-kejap call tanya mama pastu nak letak apa.Then call lagi tanya kenapa bau dia mcm tu.haha.Tapikan semua kekocohan di dapur bonda menjadi pengalaman yang amat menyeronokkan bila mana tengok ' Jejaka Yang Benar ' tambah dua kali okeh!fuhhh! Tapikan ada jugak timbul kesangsian adakah ini paksaan atau lebih kepada ingin mengambil hati?Untuk pengetahuan semua pembaca budiman, si suami ni sorang yang makan ala-ala aje * sila rujuk pada body dia* haha. Sebab tulah agak pelik bila dia tambah sampai dua kali penuh pinggan nasi.Then dia jawab sebenarnya ni bukan paksaan tapi kewajipan si suami dalam menyokong si isteri memasak.Haaa kan dah kata even masak ikan kering pun keenakan mengalahkan fish n chip :P hoho


Dan yang penting dia lah yang bertanggungjawab merosakkan nenas saya! Dari sebesar-besar buah nenas, bila saya mntk dia kupaskan langsung menjadi sekecik-kecik buah nenas! T_T


Inilah bukti nenas yang telah dirosakkan oleh beliau.Mujur nenas ni semanis tuan yang mengupas

Monday 11 July 2011

Final Reception

Okay sudah tamat ceritera indah perkahwinan saya dan ' Jejaka Yang Benar'. Gembira, seronok, happy, terharu, letih, lemau, penat and bla bla bla perasaan yg blh digambarkan.Sungguh saya rasa teramat lega.Seolah-olah satu batu besar terlepas dari gendongan eh dukungan eh junjungan ahh watever lah dari kepala saya.Betul-betul rasa nk cuti panjang dari memikirkan apa-apa selain suami, suami dan suami.haha


Ketiga-tiga majlis memenuhi kehendak saya.Alhamdulillah.Majlis bertandang pun teramat-amat lah sempurna dimata saya.Jugak dari sudut hati saya.Mula-mula bila ' Jejaka Yang Benar ' bagitau family dia bersepakat membawa berkat pilih warna hijau untuk warna tema, saya agak terkesima, terkedu lantas terduduk! Honestly saya agak ' kureng' ngan warna hijau ni.Tapikan, bila pelamin indah siap dipasang hati saya menyangkal kata-kata awal saya.Warna hijau epal ni nmpk sgt sweettt dlm setiap gambar kami.Sangat menyerlah! Majlis potong kek yang santai pun mampu buat saya terjatuh cinta.Thank God!


Satu lagi part yang saya suka adalah banner.Waa segenap jalan dipasang.Rasa macam wakil rakyat nk masuk melawat kampung.haha..Sampai ada sorang makcik masa datang jmpa saya siap berseloroh, dah kenal dah mana menantu sebab ada banyak sangat gambar kat tiang lampu.Terima Kasih makcik!haha.Inilah kemeriahan keluarga baru saya.Semoga saya diterima baik buat selama-lamanya.InsyaAllah.


* entry untuk majlis sanding kat dewan Kemaman belum buat lagi.Cari ilham dulu :) Pembaca budiman, tungguuuuu










Terima Kasih kepada Pembuat Banner :)




Hadiah yang saya dapat daripada tetamu untuk majlis sambut menantu..Terima Kasih kepada tetamu yang budiman..Semoga doa dan kehadiran semua membawa berkat di dalam perkahwinan kami :)



Sunday 10 July 2011

1 Bulan Sudah

Alhamdulillah. Pejam dan celik kini sudah satu bulan ikatan cinta kami disahkan.Waa entri yang sangat menarik di hari minggu kan.Saya dan ' Jejaka Yang Benar ' sudah bersepakat untuk meraikan ulangtahun perkahwinan kami yang pertama!Thank God.


Dalam tempoh satu bulan serba sedikit asam, garam dan gula  telah saya rasa.Yes itulah kehidupan! Menjalaninya dahulu kemudian kita akan mempelajarinya secara semulajadi.Dalam fasa ini, saya masih belajar betul-betul mengenali suami dan keluarga mertua.Alhamdulillah saya diterima baik. Ianya menghampiri pada kesempurnaa hidup bermenantu dan bermertua.Saya dirai baik semasa majlis bertandang semalam.Bilik juga dirias indah oleh mak mertua.Semoga kebahagian yang saya nikmati ini berpanjangan milik abadi saya dan ' Jejaka Yang  Benar '.

Memandangkan hari ni kami mengambil cuti ekoran keletihan majlis semalam, hari ni saya nekad dan tekad untuk menyediakan " lunch " untuk ' Jejaka Yang Benar ' Waaaa harap masakan saya pun indah manis seperti semyuman kami :P . Mintak diri dulu untuk ke dapur bonda yee semua.

Thursday 7 July 2011

Makin Mara ke Hadapan !

Waaa sila lihat tajuk entri di atas! sangat bersemangat dan bersepadu okeh. emm cepat masa berjalan meninggalkan kita.Daripada seorang gadis sunti menjadi seorang isteri kepada JEJAKA YANG BENAR, daripada muda remaja kepada makin matang.Oh saya cukup bahagia dengan pusingan kehidupan ini.


Okay, habis bab mukadimah yang agak sepoi-sepoi bahasa.entry ni saya just nk ceritakan kebizian saya dengan kehidupan seharian saya.Masa agak terhad! Lagi dua hari Majlis Bertandang. And hari ni saya baru je submit dua paper esaiment. * inilah dinobatkan sebagai MAKIN MARA KE HADAPAN..hehe.Alhamdulillah tugas isteri tidak langsung menghalang tanggungjawab saya sbg pelajar. Si ' Jejaka Yang Benar ' amat memahami dan mennyokong cita-cita saya. Kalau malam dia tengok saya masih  terjelepok  *eh betul ke tatabahasa ni*  depan lappy, cepat-cepat dia buka peti ais and amikkan saya segelas air oren. air oren okey even pukul 1 am! saya sempat tnya dia naper amekkan air oren, dia jawab sebab air tu je yang  bibik dah siap awal-awal satu jug dalam peti.  Bila muka saya masam mencuka manja mendidih bila minum air oren sejuk pukul 1 pagi, barulah dia cepat-cepat tanya "eh eh ke nak air panas?..lupa la". Hurmm wahai usus perut silalah tabah! Walaubagaimanapun saya tetap rasa terharu atas usaha murni si 'Jejaka Yang Benar '.

Dipendekkan ceritera indah saya, kehidupan saya menghampiri kepada sebuah kesempurnaan.Alhamdulillah.Bersyukur pada yang Satu.Kepada para pembaca yang budiman, doakan kebahagian kami hingga ke akhir nafas kami.

Monday 4 July 2011

Kerja!kerja!Kerja!



Tatkala inai masih merah menyala dikuku, tatkala lukisan inai masih bayang-bayang di tangan, saya dah masuk ofic memulakan tuntutan tugas di pejabat.* Si 'Jejaka Kegemaran' dah mula tanya bila nak berhoneymoon.Wuhuuu bahagia kawen woo.So, kepada dara sunti sekalian segera la ajak pasangan masing-masing cepat-cepat dirikan masjid :)


Dan saya pulak hari Khamis ni cuti lagi untuk preparation majlis bertandang yang bakal diadakan hari sabtu ni.Mohon doa ikhlas kalian pembaca semua ye semoga majlis berjalan lancar seperti yang dirancang.InsyaAllah  :D Untuk majlis hari sabtu ni, butik pengantin dah mintak keizinan nak start pasang kanopi + setting the baisc  preparation petang ni.Oh aura 'raja sehari' datang lagi :D

Alhamdulillah

Bongkeh Hadiah

Wow! ni episod super excited! Hilang penat lelah bersolek sakan dan menyental periuk belanga. Ye, ye! Saya tahu. Episod menyental periuk belanga tu sedikit drama! Hehehe.


Baru tadi berkesempatan membuka hadiah para tetamu yang tercinta.Alhamdulillah ramai yang sudi hadir meraikan ikatan cinta kami.tempoh hari. Terima kasih ya. Yang datang jauh dan dekat. Kami appreciate sangat-sangat. Jadi episod biasa selepas majlis reception ialah upacara buka hadiah la kan. Sebab tetamu yang datang ramai, jadi hadiah pun haruslah banyak. Paling banyak kami dapat rice cooker.* lepas ni boleh buat ' Garaj Sale ' :P. and  Si Jejaka Kegemaran dah sound lepas ni hari2 boleh makan nasi air tangan isteri.Okay saya nekad dan tekad nak belajar masak lagi * Big Grin.*  Macam-macam hadiah yang kami dapat. Rasa terharu sangat di atas ingatan kalian semua. Walau bagaimanapun yang paling penting adalah doa kalian untuk cinta suci kami. Hadiah-hadiah tu, kira bonus la kan. Hehehe.


Sebahagian hadiah. Terima kasih semua!


Tak lupa juga sekalung penghargaan buat Parkson dan The Store yang bagi voucher sempena hadiah perkahwinan kami. Setiap company bagi rm 500.Boleh shooping raya tatkala saving agak kekeringan setelah majlis besar baru selesai. Alhamdulillah, rezeki pengantin baru.


Selesai sudah episod saya bersama hadiah-hadiah perkahwinan. Tersangat bahagia meniti kehidupan.Alhamdulillah.Semoga kalian  juga bersama kebahagian yang abadi. Sangat bahagia bila berebut buka hadiah bersama keluarga tercinta! * sila buat tatoo kenangan ini dalam sanubari masing-masing :P



Pengantin Baru! Kami la tuuu!

Sunday 3 July 2011

Alhamdulillah

Syukur pada yang satu..Dua majlis dah selesai.Sekarang sila bertungkus lumus utk majlis yang terakhir.Belum sempat untuk update segala ceritera indah saya bersama kalian semua.Nanti akan diupdatekan ye.Oh lupa pada yang sudi menjadi follower saya.Trimas dear all.

Friday 1 July 2011

Final Countdown

Tik tok tik tok. Kejab jer masa berjalan kan?


Selepas sesi rehearsal seharian tadi, baru sedar masa berjalan. Dah petang. So macam tak sampai 24jam pun sebelum majlis reception kami. Tapi Alhamdulillah. Banyak perkara dah settle. Jadi takde la hati ni berdebar-debar sangat kan.


Jadi sepertimana yang dijanjikan, saya cuba la mencuri masa. Memang badan penat, otak pun dah letih. Tapi perasaan berkobar-kobar demi majlis ni sungguhla membuak-buak. Hilang penat, hilang letih, hilang semuanya bila sebut bab majlis kami. Hehe.


Petang tadi, ramai-ramai pakat menyediakan bunga telur untuk tetamu. Rasa seronok pun ada sebab sedar-sedar dah siap pun. Memang mulut dan tangan (penulisan ya! hehehe) rasa tak boleh berhenti untuk memanjatkan rasa kesyukuran dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis suami dan saya ni. 



Sesi Mengikat Bunga Telur


Para tetamu nanti akan diberikan sedikit tanda mata sebagai simbolik majlis kami.Secara keseluruhannya, saya memang amat berpuas hati dengan hasil yang diperolehi. Terutamanya dengan tag yang ditempah khas untuk dilekatkan di doorgift tetamu. Suami pun turut bersetuju dengan pendapat saya yang tag ni memang menepati citarasa kami. Berpadanan dengan budget kami ya. Maklumlah, semua kos dan kualiti memang kami ambil kira sedari awal lagi. Baru lah muafakat. Hehehe.


Door gift dan tag Majlis Reception Kami


Okay. Rasanya cukup dulu update malam ni. Sebab pengantin pun ada beberapa jam sahaja lagi untuk betul-betul berehat sebelum seharian melayan tetamu esok. Selamat malam. Mimpi yang indah-indah ya semua!




Sentuhan Akhir Dewan Untuk Majlis Reception Kami

Puan Saifuliyana