Monday 29 August 2011

Salam MerdeRaya!

Hai


Lagi beberapa jam takbir raya akan berkumandang.Pada detik itu juwa akan damai kan.Suasana pun akan jadi tenang.InsyaAllah.


Saya pasti dan yakin buat masa sekarang ni pasti semua bertungkus lumus menyiapkan persiapan raya. * sila pasang lagu raya kuat-kuat ambik feel ;p


Okay guys jom check final to-do-list.Biasanya check list ni WAJIB buat bagi mengelakkan situasi "alamak lupa nak belilah ..." ataupun " isk mana letak benda alah ni..." terjadi di pagi raya yang hening.Saya cuma nak fokuskan pada benda-benda kecik yang kekadang kita terlupa dan pandang remeh.

Jom check it out peps!

1. DUIT RAYA-bahagikan siap-siap.Asingkan siap-siap dalam ang pau.Mana yang nak kena bagi banyak, mana yang nak kena bagi sikit.Nanti pagi raya takdelah terkial-kial cari duit dalam bag bila budak-budak berduyun hulur tangan mintak duit raya. * sebelum kawen dihalalkan menjadi wakil tak bertauliah abah bagi sesi memberikan duit raya pada tetamu cilik yang datang beraya kat rumah.Hulur duit paling sikit RM1 muka berlagak macam duit sendiri.Tahun ni dah kawen ambik kau siap-siap kena gi bank dan tukar duit sendiri banyak-banyak:(  ------>Yang paling penting sediakan jugak duit raya untuk parents semampu yang kita mampu :)


2. BAJU RAYA. Ini part yang biasa awal lagi orang dah siap.Akan tetapi, ada part-part yang kecik-kecik biasa kita terlupa untuk sediakannya.Contohnya saya semalam dah siap-siap suruh bibik gosokkan semua baju raya kami. * kami merujuk pada saya dan suami okay :) Dah siap gosok saya letak awal2 butang baju melayu suami, stokin yang akan dipakai pada raya pertama, kedua dan seterusnya, songkok, songket dan bla bla bla .Ini bagi mengelakkan kekacauan untuk saya bersolek dan set rambut di pagi raya.hohoho


3. CAMERA. Camera diantara benda penting pada hari raya kan.Okay-okay camera memang semua orang senang nak ingatkan.Tetapi kat sini saya nak tekankan ialah pada bateri camera.Sila caskan siap-siap supaya tiada moment yang tergendala untuk dirakam pada pagi raya nanti


Nak selit kad raya saya utk suami aci kan? Dia tergelak besar tgk kad ni.Eh.Okay apa? ;p



So, Selamat hari raya, Selamat menyambut merdeka, Selamat pulang ke kampung, Selamat melantak byk-byk, Selamat semualah!

Wednesday 24 August 2011

Ramadhan Oh Ramadhan

Jangan salah faham dengan tajuk entri pada kali ni ye! Ini bukan satu keluhan tapi satu penghargaan dari diri saya yang serba kekurangan ini  kepada bulan yang penuh rahmat ini.Bulan yang penuh nikmat buat kita semua.


Selain itu jugak, bulan ni  bakal banyak meninggalkan saya dengan moment-moment indah lebih-lebih lagi bila hidup 'membujang' bersama suami.Terlalu banyak yang saya perlu pelajari sebagai seorang isteri.Terlalu banyak benda yang saya kena ubah untuk kebaikan bersama.Dan terlalu banyak jugak insiden-insiden yang saya kena fahami pun untuk kebaikan bersama. Semua ni yang akan lebih mematangkan saya.InsyaAllah!


Dan dengan sungguh berbesar hati ingin saya kongsi dengan semua pembaca yang budiman apa yang dimaksudkan dengan moment indah tersebut itu. Yang pertama ialah :

Bila keluar jalan-jalan tak hengat dunia.Bila balik lewat petang dua-dua macam lipas kudung siapkan juadah untuk berbuka puasa.Masa nilah kerap terjadinya 'pelanggaran bumper' diantara saya dan suami.Saya sibuk duk siapkan lauk, si suami pula sibuk siapkan meja dan air.Air sangat penting buat dia okeh!Air nak kena yang spesel je.Baru ada ONGG nak berbuka katanya.Ish ish


Ini percubaan pertama berani mati saya dalam usaha 'mengikat' suami.Alhamdulillah dia kata sedappppppp.haha..Yang bentuk cantik saya yang gentel tapi yang besar gedabak semua dia yang gentel sebab dia asyik nak cepat siap je;p



Dan pengalaman saya yang kedua ialah :

Bila sembahyang berjemaah sama-sama.Saat saya salami tangannya dan dia kucup dahi saya.Oh Heaven! * moment ini bukan berlaku di bulan Ramadhan yang mulia saja okay.Setiap kali kami berkesempatan menunaikannya bersama. 

Yang kat atas ni baru intro.Apa yang saya nak kongsikan dengan pengalaman indah saya yang kedua  dalam bulan Ramadhan ni melibatkan terawih.Macam ni biasanya kami akan pergi sembahyang dekat masjid yang memerlukan kami naik kereta untuk sampai kat sana.Tapi ada satu malam tu suami cadangkan kami hanya pergi sembahyang dekat surau yang berhampiran dengan rumah yang mana kami boleh pilih untuk kesana hanya dengan berjalan kaki.Saya ni pulak time tu tengah sarat.................. bukan sarat mengandung tapi sarat kekenyangan okeh ;p berat je kaki ni nak sahut cadangan suami.Tapi bila dia kata masa macam ni jelah dia boleh kenal dengan orang-orang kampung kat sini, terus saya setuju.Yelah kami ni keje pagi balik lewat petang memang tak sempat nak beramah mesra dengan jiran-jiran ni.So, menapaklah kami berdua berjalan walau seiringan tapi jarak jauhnya hampir mencecah sebatu sebab takut bersentuhan kan.Tak pasal kena ambil wuduk lagi;p

Sebenarnya sembahyang kat mana-mana pun sama kan cuma apa yang menjadikan malam ini lebih indah berbanding malam-malam yang lain ialah time kitaorang nak balik. Kami berpimpin tangan jalan sama-sama sambil menikmati cuaca malam yang tenang, sambil mengira bintang dilangit dan sambil bergelak ketawa.Time tu rasa macam zaman mula-mula bercinta.Anddddd last skali sebelum sampai rumah kami berhenti beli eskrem kat kedai runcit yang nama dia apa ntah.Lepas tu kami pun terus melangkah ke kediaman kami dengan eskrem penuh comot di mulut.haha

Dan kesimpulan yang saya dapat simpul walaupun pada awalnya kurang setuju dengan cadangan suami mulai akur dan akui yang jalan kaki ke masjid banyak manfaatnya.Antaranya ialah :


Membakar kalori. Sudah tentu berjalan kaki bakar lebih kalori yang terbakarkan berbanding naik kenderaan yang berhawa dingin.Dahlah rumah dah kena aircond masuk kete sambung dengan aircond lagi.Bila lelemak nak terbakar kan.

Jimat masa. Lagi-lagi untuk sembahyang Jumaat. Pada masa inilah semua kereta mencari tempat yang paling dekat dengan pintu masuk masjid - ini jadikan kawasan berdekatan masjid sesak dan memang jam. Kadang-kadang nak parking kereta pun susah dan mengambil masa yang lama. Kalau berjalan kaki lebih mudah bukan?

Ketenangan mental. Berjalan kaki ke masjid menyenangkan. Masa perjalanan boleh dimanfaatkan untuk berfikir, berzikir dan lain-lain perkara yang mungkin sukar dilakukan jika menaiki kereta. Bagi saya, berjalan kaki ke masjid memang relaxing - umpana terapi untuk kurangkan stres. Lagi-lagi anda tak perlu fikirkan tentang kesesakan kereta dan ruang parking.
Lebih baik untuk alam sekitar. Well dengan berjalan kaki, saya dapat kurangkan carbon footprint saya. Walaupun tak banyak mana tapi ia lebih baik daripada menaiki kenderaan kereta yang bukan sahaja keluarkan CO2 tapi juga membazir duit (minyak).


So,sekarang  kami banyak ke surau yang dekat dengan rumah kami ni jelah.Lebih mudah dan menyenangkan.Dalam perjalanan balik siap boleh kira bintang di langit lagi ;p

Thanks for reading hun! jumpa lagi
Salam Ramadhan :)

Sunday 21 August 2011

Si Cilik Milik Saya

Salam Ramadhan semua. Alhamdulillah, dah sampai ke 10 malam terakhir Ramadhan dah ye. Semoga sama-sama kita dapat beramal ibadat mencari malam Lailatul Qadar ya. InsyaAllah.

Paling best mesti lah Solat Terawikh. Setakat ni, kalau tidak ada halangan dan terlalu letih memang saya cuba jugak untuk berjemaah di Masjid. Lagi hebat pengalaman tahun ni, maklumlah pergi dengan suami kan? hehehe. Satu pengalaman baru. Tak sabar nak tunggu hari raya nanti. Hehehe.

Okay. Sebenarnya saya masih lagi demam exam. Kawan-kawan doakan saya ya? Takut sangat. Tapi dalam takut-takut pun, rasa macam nak update sekejab sebab ada benda comel berlaku hari nie. 

Tadaaaaaaaaaaaaaaaa!!

Kesayangan-kesayangan saya! 


Si cilik milik saya hari ni bersemangat sungguh nak ikut saya dan lelaki milik saya ke Masjid. Mula-mula kami risau jugak sebab ni first time budak cilik pergi Masjid. Tapi dengan pujuk rayunya, maka kami tertewas. hehehe. 

Sayang sangat budak cilik comel nie! Nanti lain kali, kita pergi lagi! :D

Tuesday 16 August 2011

Exam Exam dan Exam !

Okay bagi membuktikan saya ni seorang pelajar yang cemerlang dan terbilang ingin saya war-warkan bahawasanya saya langsung tidak tidur semalam ekoran terlaluuuuu 'syiookkkk' menelaah buku :p  Mula bukak buku pukul 10.30 malam, berhenti untuk iklan TV kejap pada pukul 12.30 pagi * buntang mata tgk TV wahhh best nonton! dan sambung balik sampai pukul 4.30 pagi. Berangan untuk terus 'sleeping not beauty but also not ugly ' untuk 2 jam sebelum nk kena siap-siap g keje, namun Si jejaka yang benar ajak g sahur kat MCD!Okay okay demi GCB saya rela ;p  * maka bulatan mata panda haruslah makin membesar ;p dan kesudahannya saya ngantok sangat-sangat kat pejabat pagi ni.Kepala makin memberat.Nah! ni belum campur berat sanggul rambut yang ala-ala saloma ni lagi ;p.Kenapa saya jadi begini, kenapa, kenapa dan kenapa????
                                                   



Ini kerana saya suka mengumpul bahan-bahan bacaan terlebih dahulu dan mula membacanya pada 2,3 hari sebelum peperiksaan

Ini kerana saya lebih suka membuang masa daripada menelaah buku sebelum ini.

Ini kerana saya lebih  ' PAKSA RELA ' tengok citer korea!

Ini kerana suami saya suka ajak saya pergi jalan-jalan, makan angin, cuci mata

Ini kerana saya agak sebok menyediakan kelengkapan Aidilfitri

Ini kerana saya agak sebok membakar pelbagai jenis kuih raya untuk santapan keluarga dan sahabat handai

Ini kerana saya sebenarnya malas baca buku


Semoga luahan saya ini mendapat perhatian pensyarah yang saya sayangi.Percayalah kepada semua jawapan saya kecuali yang bakar kuih raya.Itu rekaan semata-mata bagi mengukuhkan alasan saya.
Sekian, terima kasih



Inilah salah satu penyumbang terhadap kekerapan saya terbabas melencong ke lain setiap kali nak ulangkaji pelajaran.Dushhh satu tumbukan lemah gemalai, liuk lintuk manja-manja sayang untuk dia ;p






sk : Encik Pensyarah yang hensem Bin baik hati



Wednesday 10 August 2011

Maruah Diri

Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

Duk godek-godek satu blog ni ada cerita pasal ' Jauhi Zina '.Dan hati nurani tergerak nak mengomel pasal menda ni.Entri ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa hamba Allah pun,cuma ianya lebih kepada ingat-mengingati sesama sendiri.Juga ingatan untuk saya sendiri.Dan untuk renungan kita bersama.InsyaAllah.


Bila berbicara pasal perkara ni, tunjang utama dia tentulah berkait rapat dengan dosa, maruah diri, maruah keluarga dan macam-macam lagi lah.


Dan apa yang peling menyedihkan, dunia sekarang, manusia hipokrit begini ada dimana-mana.Bagi mengaburi mata ibubapa, sanggup bertudung litup.Namun hakikatnya diri penuh tercalit noda.Memandang manusia lain sebelah mata.Merasakan diri mereka paling hebat.Walhal mereka tidak sedar yang diri mereka hina lebih hina daripada kucing kurap yang dibuang di jalanan.Nauzubillah.
Kadang-kadang mereka merasakan diri mereka terlalu cerdik, tapi padahal diri mereka terlalu bodoh!Bodoh di dalam mengikut hawa nafsu.Bodoh terhadap diri sendiri.Bodoh dalam memikirkan masa depan.Bodoh di dalam mempertahankan prinsip dan maruah diri.Dan,bila syaitan menguasai diri, mereka makin lupa akan batasan.Mereka makin alpa dengan ajaran agama.Mereka bahagia hanyut dengan dunia kotor mereka.

Bagi yang masih ingin mempertahankan maruah diri atau bagi mereka yang dah insaf and bertaubat taknak buat lagi, kat sini saya nak share beberapa tips yang patut diamalkan bagi mengelakkan benda-benda yang tak elok berlaku.Selamat membaca semua!

1) Sentiasa ingat Allah S.W.T walau dimana kalian berada.Ingat bahawasanya Dia sentiasa melihat apa yang kita lakukan

2)Simpanlah gambar ayahnda bonda dalam purse masing-masing.Bayangkan macamamana perasaan mereka jika kita mencoteng arang di muka mereka.Macam mana mereka nak berhadapan dengan masyarakat? macam mana mereka nak berhadapan dengan jiran tetangga.Banyak terjadi kes bila anak dah buat silap, dah conteng arang, maka mak ayah lah individu paling bertanggungjawab menanggung aib kalian.Mula lah mak ayah malu nak keluar rumah.Malu nak hadir mana-mana majlis kenduri-kendara jiran tetangga.Kalau boleh mereka nak buat rumah tu macam penjara.Terkurung je dalam 'penjara' mereka.

3)Sentiasa berterus-terang dengan mak ayah mana kita nak pergi.Ini kerana mereka boleh mengawasi kita.Takdelah kita akan tersasar jauh kan? Ini tak asyik nak tipu mak ayah je.Tidur rumah boyfie, bagitahu tido rumah kawan perempuan.Isk Serious elakkan perangai hipoktrit macam ni.

4)Jauhi melepak tempat yang sunyi-sunyi berdua-duaan. * dengar lagu KALAU BERPACARAN smapai lebam. Ini kerana bila kita berdua akan ada yang ketiga.SYAITAN!

5)Buka minda, luaskan akal.Gunalah otak fikir secara matang* bagi yang masih belasan tahun ataupun mereka yang umur dah nak masuk 30. Please guna akal anda.Fikir masak-masak.Ini semua melibatkan masa depan kalian.fikirlah secara logik,kalau lelaki tu memang nak kahwin dengan kita takkan dia nak rampas maruah kita kan.Mesti dia akan pertahankan.Silap-silap haribulan dia akan rakam video dan edarkan lagi.Siapa yang malu, kalian jugakkan.So, jauhi zina!

6) Sentiasa sematkan dalam hati yang ' aset ' anda tu hanyalah milik suami anda yang sah.Harus pertahankan sehabis kudrat, sekuat tenaga, setebal iman di dada.Tanamkan azam untuk menjadikan suami anda seorang yang paling bertuah.InsyaAllah dia akan lebih menghargai kita.

Itu saja yang dapat saya coretkan untuk entri kali ini.Jadi kita sebagai kaum hawa hendaklah mempertahankan kesucian kita semua okay.Tingkatkan martabat anda!

Sunday 7 August 2011

Bazar Ramadhan Jom!

Dah seminggu puasa tapi baru petang nanti  saya berkesempatan untuk ke Bazar Ramdhan untuk tahun ni. Tu pun sebab tadi Jejaka Kesayangan call and ajak gi beli juadah untuk berbuka kat luar je.Tak payah masak katanya sebab esok saya ada final exam.Fuhhh selamat tenaga untuk petang ni. ;p

Okay semua byeee

Thursday 4 August 2011

Tenang, sedingin embun salju

Waa tajuk bikin gempak je kan.Entri ni merujuk kepada perasaan gembira yang kembang semangkuk sebab hari ni first day puasa bukak bersama ayahnda bonda tercinta!Super-excited sebab dah lama rindu masakan air tangan ayahnda bonda.Tapi hanya untuk 3 je lah hari sebab ayanda bonda hanya balik pada hujung minggu. * sila seru ramai-ramai supaya hujung minggu akan lebih kerap mengunjungi kita semua lepas ni :D

Tapi papepun bukak puasa rumah ummi (1 Ramadhan hinggan semalam )  * ummi merujuk kepada Mother-In-Law okay*  super duper best jugak! Masakan ummi bisa menjilat pinggan sampai licin!Brupppp sendawa utk yang semalam :D. And saya syukur sangat-sangat sebab  mempunyai Mother-In-Law yang pada saya tiada tandingan.Sangat memahami.Alhamdulillah.

So, saya harap semoga semua pembaca budiman jugak akan tenang seperti saya disini.Tenang dengan kehidupan masing-masing.Tenang dengan pasangan hati juita kalbu masing-masing jugak.

Salam ramadhan semua



Monday 1 August 2011

Ramadhan Pertama















Salam Ramadhan semua! Selamat menunaikan ibadat puasa ya.


Pejam celik pejam celik. Sekejab sahaja masa, dah pun bulan Ramadhan. Saya? Excited tu pasti kerana pertama kali berpuasa dengan insan bernama suami. Okay. Ini cerita pengalaman pertama seorang isteri menyambut Ramadhan di sisi suami ya!


Ramadhan ini memang pengalaman baru saya sebab semasa zaman bergelar anak dara, semuanya di tanggung beres ayah dan bonda. Hehe. Mula-mula pening juga kepala memikirkan menu untuk santapan sahur malam nanti. Tak sabar-sabar mahu menunaikan ibadat puasa pertama bersama sang lelaki kesayangan saya. Selepas puas memikir memerah idea, suami dan saya sudah sepakat. Menu kami sahur nanti ialah Nasi Goreng USA. Hehehe. Nama je western, tapi home-made air tangan isteri ya!


Kami saja nak makan yang simple saja sebab almaklumlah, bersahur berdua. Tiba-tiba rindu Abah dan Mama yang jauh di sana. Eh, sayu nya!


Jadi, selamat berpuasa semua. Saya perlu tidur awal. Nanti tak pasal-pasal tak bersahur pula kami nanti! hehehe. Daaa!


**Eh, lapar pulak tengok gambar-gambar ilham idea. Semua google ya!**

Puan Saifuliyana