Wuhuuuu da setel satu lagi " prosedur menuju ke gerbang perkahwinan " :D. sepetang berada di tempat itu bagi memenuhi tuntutan kewajipan yg WAJIB dilakukan oleh pasangan sejoli senada seirama yg nak kawen...
Dimanakah tempat itu?
**saspens sketttttt**
ya! KLINIK KESIHATAN..!!
siyes sy x pernah pergi klinik ni...walaupun blh dikatakan hari-hari lalu kat situ..Klinik kerajaan yg cantik dan senang nak parking..Pakcik penjaga kaunter dia pun ramah * bukan mcm sesetengah klinik/hospital kerajaan yg lain >>>>> misi/nurse/makcik jururawat muka garang mengalahkan cikgu taekwando :P *
So, semalam tepat pukul 2 pm saya terpacak depan pakcik kaunter yg sgt ramah itu..wuhuuuu..setel je isi borang, daftar and amek nombor, saya dan LELAKI KEGEMARAN pun menunggu la di kerusi empuk yang disediakan..
Macam biase mulut suka exercise tak suka duduk diam pun buat-buat tanya, " nanti nak g toilet arah mana" then LELAKI KEGEMARAN pun jawab " mumy nak buang air ke? saya pun jawab la balik " kan nanti nak check urine takkan nak buang dalam tu? dengan wajah selamba sempoi dia balas "check pakai darah la mumy..awk simpan je air kencing awk k "
isk isk isk bengang sungguh..kn time skolah dulu kala bila nak check budak tu ada sangkut pape ke tak pkai urine test??? isk sejak bila dah tukar ni? ke saya yang masih idup dalam dunia PAK KADOK? isk sia-sia je seharian saya asyik minum air putih je bagi mengeluarkan hasil yang putih jugak..yela kn malu la pada sista-sista, brother-brother, uncle-uncle or aunty-aunty yang akan melihat dan mengecheck hasil buangan kita kn? huhhhhhhh
And nilah pic yang saya sempat rakamkan selepas setitik darah saya disedut oleh brother klinik untuk diperiksa.....
Cotton berdarahhhh! Okay, lepas cucuk jari ambik darah yaaa! |