Monday, 4 July 2011

Bongkeh Hadiah

Wow! ni episod super excited! Hilang penat lelah bersolek sakan dan menyental periuk belanga. Ye, ye! Saya tahu. Episod menyental periuk belanga tu sedikit drama! Hehehe.


Baru tadi berkesempatan membuka hadiah para tetamu yang tercinta.Alhamdulillah ramai yang sudi hadir meraikan ikatan cinta kami.tempoh hari. Terima kasih ya. Yang datang jauh dan dekat. Kami appreciate sangat-sangat. Jadi episod biasa selepas majlis reception ialah upacara buka hadiah la kan. Sebab tetamu yang datang ramai, jadi hadiah pun haruslah banyak. Paling banyak kami dapat rice cooker.* lepas ni boleh buat ' Garaj Sale ' :P. and  Si Jejaka Kegemaran dah sound lepas ni hari2 boleh makan nasi air tangan isteri.Okay saya nekad dan tekad nak belajar masak lagi * Big Grin.*  Macam-macam hadiah yang kami dapat. Rasa terharu sangat di atas ingatan kalian semua. Walau bagaimanapun yang paling penting adalah doa kalian untuk cinta suci kami. Hadiah-hadiah tu, kira bonus la kan. Hehehe.


Sebahagian hadiah. Terima kasih semua!


Tak lupa juga sekalung penghargaan buat Parkson dan The Store yang bagi voucher sempena hadiah perkahwinan kami. Setiap company bagi rm 500.Boleh shooping raya tatkala saving agak kekeringan setelah majlis besar baru selesai. Alhamdulillah, rezeki pengantin baru.


Selesai sudah episod saya bersama hadiah-hadiah perkahwinan. Tersangat bahagia meniti kehidupan.Alhamdulillah.Semoga kalian  juga bersama kebahagian yang abadi. Sangat bahagia bila berebut buka hadiah bersama keluarga tercinta! * sila buat tatoo kenangan ini dalam sanubari masing-masing :P



Pengantin Baru! Kami la tuuu!

No comments:

Post a Comment

Puan Saifuliyana