Saturday, 18 June 2011

Dunia Baru

Alhamdulillah.


Merisik sudah bertunang pun sudah. Selepas sekian lama menyulam cinta dan cuba mengenali isi hati masing-masing, akhirnya saya dan pasangan cinta saya telah selamat diijabkabul dalam satu acara tertutup.Alhamdulillah. Hanya itu yang mampu saya katakan kerana semuanya berjalan lancar.


Sekadar berkongsi ceritera. Sesungguhnya, merancang dan cuba menjayakan majlis ijab dan qabul adalah pengalaman terindah. Memang saya merasa sungguh excited. Tatkala sedikit stress kerana tuntutan kerja dan masa. Mujurlah encik tunang sentiasa di sisi di saat manis gembira mahupun masam mencuka. Sesungguhnya itulah cinta hati saya dunia akhirat, InsyaAllah.

Majlis ijab dan qabul kami diadakan di kediaman ayah bonda saya dan dihadiri keluarga dan sahabat handai terdekat. Alhamdulillah. Semua yang dirancang menjadi pada hari itu. Saya sangat berpuas hati kerana pelamin ijab dan qabul terletak indah seperti gambaran saya. Jutaan terima kasih kepada semua yang bertungkus-lumus, sama-sama berpening kepala dengan saya ya! 



Pelamin Bertema Taman


Semoga ikatan cinta kami sehingga ke syurga. Doakan kebahagian kami ya. Nanti saya update lagi ya!



Ikatan Cinta Kami


No comments:

Post a Comment

Puan Saifuliyana