Thursday, 7 July 2011

Makin Mara ke Hadapan !

Waaa sila lihat tajuk entri di atas! sangat bersemangat dan bersepadu okeh. emm cepat masa berjalan meninggalkan kita.Daripada seorang gadis sunti menjadi seorang isteri kepada JEJAKA YANG BENAR, daripada muda remaja kepada makin matang.Oh saya cukup bahagia dengan pusingan kehidupan ini.


Okay, habis bab mukadimah yang agak sepoi-sepoi bahasa.entry ni saya just nk ceritakan kebizian saya dengan kehidupan seharian saya.Masa agak terhad! Lagi dua hari Majlis Bertandang. And hari ni saya baru je submit dua paper esaiment. * inilah dinobatkan sebagai MAKIN MARA KE HADAPAN..hehe.Alhamdulillah tugas isteri tidak langsung menghalang tanggungjawab saya sbg pelajar. Si ' Jejaka Yang Benar ' amat memahami dan mennyokong cita-cita saya. Kalau malam dia tengok saya masih  terjelepok  *eh betul ke tatabahasa ni*  depan lappy, cepat-cepat dia buka peti ais and amikkan saya segelas air oren. air oren okey even pukul 1 am! saya sempat tnya dia naper amekkan air oren, dia jawab sebab air tu je yang  bibik dah siap awal-awal satu jug dalam peti.  Bila muka saya masam mencuka manja mendidih bila minum air oren sejuk pukul 1 pagi, barulah dia cepat-cepat tanya "eh eh ke nak air panas?..lupa la". Hurmm wahai usus perut silalah tabah! Walaubagaimanapun saya tetap rasa terharu atas usaha murni si 'Jejaka Yang Benar '.

Dipendekkan ceritera indah saya, kehidupan saya menghampiri kepada sebuah kesempurnaan.Alhamdulillah.Bersyukur pada yang Satu.Kepada para pembaca yang budiman, doakan kebahagian kami hingga ke akhir nafas kami.

2 comments:

Puan Saifuliyana