Friday, 1 July 2011

Final Countdown

Tik tok tik tok. Kejab jer masa berjalan kan?


Selepas sesi rehearsal seharian tadi, baru sedar masa berjalan. Dah petang. So macam tak sampai 24jam pun sebelum majlis reception kami. Tapi Alhamdulillah. Banyak perkara dah settle. Jadi takde la hati ni berdebar-debar sangat kan.


Jadi sepertimana yang dijanjikan, saya cuba la mencuri masa. Memang badan penat, otak pun dah letih. Tapi perasaan berkobar-kobar demi majlis ni sungguhla membuak-buak. Hilang penat, hilang letih, hilang semuanya bila sebut bab majlis kami. Hehe.


Petang tadi, ramai-ramai pakat menyediakan bunga telur untuk tetamu. Rasa seronok pun ada sebab sedar-sedar dah siap pun. Memang mulut dan tangan (penulisan ya! hehehe) rasa tak boleh berhenti untuk memanjatkan rasa kesyukuran dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis suami dan saya ni. 



Sesi Mengikat Bunga Telur


Para tetamu nanti akan diberikan sedikit tanda mata sebagai simbolik majlis kami.Secara keseluruhannya, saya memang amat berpuas hati dengan hasil yang diperolehi. Terutamanya dengan tag yang ditempah khas untuk dilekatkan di doorgift tetamu. Suami pun turut bersetuju dengan pendapat saya yang tag ni memang menepati citarasa kami. Berpadanan dengan budget kami ya. Maklumlah, semua kos dan kualiti memang kami ambil kira sedari awal lagi. Baru lah muafakat. Hehehe.


Door gift dan tag Majlis Reception Kami


Okay. Rasanya cukup dulu update malam ni. Sebab pengantin pun ada beberapa jam sahaja lagi untuk betul-betul berehat sebelum seharian melayan tetamu esok. Selamat malam. Mimpi yang indah-indah ya semua!




Sentuhan Akhir Dewan Untuk Majlis Reception Kami

2 comments:

  1. congrates k.yana..

    xdpt nk tgk jauh sgt majlisnya...
    hehe

    ReplyDelete
  2. Puan Saifuliyana4 July 2011 at 12:28

    Thanks fiza..xpe dear..doa korang makin melengkapkan majlis kami.. luv yaa

    ReplyDelete

Puan Saifuliyana