Jangan salah faham dengan tajuk entri pada kali ni ye! Ini bukan satu keluhan tapi satu penghargaan dari diri saya yang serba kekurangan ini kepada bulan yang penuh rahmat ini.Bulan yang penuh nikmat buat kita semua.
Selain itu jugak, bulan ni bakal banyak meninggalkan saya dengan moment-moment indah lebih-lebih lagi bila hidup 'membujang' bersama suami.Terlalu banyak yang saya perlu pelajari sebagai seorang isteri.Terlalu banyak benda yang saya kena ubah untuk kebaikan bersama.Dan terlalu banyak jugak insiden-insiden yang saya kena fahami pun untuk kebaikan bersama. Semua ni yang akan lebih mematangkan saya.InsyaAllah!
Dan dengan sungguh berbesar hati ingin saya kongsi dengan semua pembaca yang budiman apa yang dimaksudkan dengan moment indah tersebut itu. Yang pertama ialah :
Bila keluar jalan-jalan tak hengat dunia.Bila balik lewat petang dua-dua macam lipas kudung siapkan juadah untuk berbuka puasa.Masa nilah kerap terjadinya 'pelanggaran bumper' diantara saya dan suami.Saya sibuk duk siapkan lauk, si suami pula sibuk siapkan meja dan air.Air sangat penting buat dia okeh!Air nak kena yang spesel je.Baru ada ONGG nak berbuka katanya.Ish ish
Dan pengalaman saya yang kedua ialah :
Bila sembahyang berjemaah sama-sama.Saat saya salami tangannya dan dia kucup dahi saya.Oh Heaven! * moment ini bukan berlaku di bulan Ramadhan yang mulia saja okay.Setiap kali kami berkesempatan menunaikannya bersama.
Yang kat atas ni baru intro.Apa yang saya nak kongsikan dengan pengalaman indah saya yang kedua dalam bulan Ramadhan ni melibatkan terawih.Macam ni biasanya kami akan pergi sembahyang dekat masjid yang memerlukan kami naik kereta untuk sampai kat sana.Tapi ada satu malam tu suami cadangkan kami hanya pergi sembahyang dekat surau yang berhampiran dengan rumah yang mana kami boleh pilih untuk kesana hanya dengan berjalan kaki.Saya ni pulak time tu tengah sarat.................. bukan sarat mengandung tapi sarat kekenyangan okeh ;p berat je kaki ni nak sahut cadangan suami.Tapi bila dia kata masa macam ni jelah dia boleh kenal dengan orang-orang kampung kat sini, terus saya setuju.Yelah kami ni keje pagi balik lewat petang memang tak sempat nak beramah mesra dengan jiran-jiran ni.So, menapaklah kami berdua berjalan walau seiringan tapi jarak jauhnya hampir mencecah sebatu sebab takut bersentuhan kan.Tak pasal kena ambil wuduk lagi;p
Sebenarnya sembahyang kat mana-mana pun sama kan cuma apa yang menjadikan malam ini lebih indah berbanding malam-malam yang lain ialah time kitaorang nak balik. Kami berpimpin tangan jalan sama-sama sambil menikmati cuaca malam yang tenang, sambil mengira bintang dilangit dan sambil bergelak ketawa.Time tu rasa macam zaman mula-mula bercinta.Anddddd last skali sebelum sampai rumah kami berhenti beli eskrem kat kedai runcit yang nama dia apa ntah.Lepas tu kami pun terus melangkah ke kediaman kami dengan eskrem penuh comot di mulut.haha
Dan kesimpulan yang saya dapat simpul walaupun pada awalnya kurang setuju dengan cadangan suami mulai akur dan akui yang jalan kaki ke masjid banyak manfaatnya.Antaranya ialah :
Membakar kalori. Sudah tentu berjalan kaki bakar lebih kalori yang terbakarkan berbanding naik kenderaan yang berhawa dingin.Dahlah rumah dah kena aircond masuk kete sambung dengan aircond lagi.Bila lelemak nak terbakar kan.
Jimat masa. Lagi-lagi untuk sembahyang Jumaat. Pada masa inilah semua kereta mencari tempat yang paling dekat dengan pintu masuk masjid - ini jadikan kawasan berdekatan masjid sesak dan memang jam. Kadang-kadang nak parking kereta pun susah dan mengambil masa yang lama. Kalau berjalan kaki lebih mudah bukan?
Ketenangan mental. Berjalan kaki ke masjid menyenangkan. Masa perjalanan boleh dimanfaatkan untuk berfikir, berzikir dan lain-lain perkara yang mungkin sukar dilakukan jika menaiki kereta. Bagi saya, berjalan kaki ke masjid memang relaxing - umpana terapi untuk kurangkan stres. Lagi-lagi anda tak perlu fikirkan tentang kesesakan kereta dan ruang parking.
Lebih baik untuk alam sekitar. Well dengan berjalan kaki, saya dapat kurangkan carbon footprint saya. Walaupun tak banyak mana tapi ia lebih baik daripada menaiki kenderaan kereta yang bukan sahaja keluarkan CO2 tapi juga membazir duit (minyak).
So,sekarang kami banyak ke surau yang dekat dengan rumah kami ni jelah.Lebih mudah dan menyenangkan.Dalam perjalanan balik siap boleh kira bintang di langit lagi ;p
Thanks for reading hun! jumpa lagi
Salam Ramadhan :)

awww so romantic! :) insyaAllah may Allah bless u :)
ReplyDeleteThanks Fyn..Hopefully dear :)
ReplyDelete