Sunday, 21 August 2011

Si Cilik Milik Saya

Salam Ramadhan semua. Alhamdulillah, dah sampai ke 10 malam terakhir Ramadhan dah ye. Semoga sama-sama kita dapat beramal ibadat mencari malam Lailatul Qadar ya. InsyaAllah.

Paling best mesti lah Solat Terawikh. Setakat ni, kalau tidak ada halangan dan terlalu letih memang saya cuba jugak untuk berjemaah di Masjid. Lagi hebat pengalaman tahun ni, maklumlah pergi dengan suami kan? hehehe. Satu pengalaman baru. Tak sabar nak tunggu hari raya nanti. Hehehe.

Okay. Sebenarnya saya masih lagi demam exam. Kawan-kawan doakan saya ya? Takut sangat. Tapi dalam takut-takut pun, rasa macam nak update sekejab sebab ada benda comel berlaku hari nie. 

Tadaaaaaaaaaaaaaaaa!!

Kesayangan-kesayangan saya! 


Si cilik milik saya hari ni bersemangat sungguh nak ikut saya dan lelaki milik saya ke Masjid. Mula-mula kami risau jugak sebab ni first time budak cilik pergi Masjid. Tapi dengan pujuk rayunya, maka kami tertewas. hehehe. 

Sayang sangat budak cilik comel nie! Nanti lain kali, kita pergi lagi! :D

2 comments:

  1. subhanallah. comel nya anak Puan. :) bertelekung siap. Semoga Puan dan suaminya termasuk jugak si comel itu bahagia di bulan Ramadhan ini dan dirahmati Allah SWT. Ameen. Have a good day. Salam alaykum :)

    ReplyDelete
  2. Thanks Fyn.Ini anak buah saya.Kebetulan dia balik kampung.Ni yang sibuk nak ikut saya ke surau.haha..Semoga Fyn jugak bahgia menyambut Ramadhan dan syawal yang bakal tiba

    ReplyDelete

Puan Saifuliyana