Okay bagi membuktikan saya ni seorang pelajar yang cemerlang dan terbilang ingin saya war-warkan bahawasanya saya langsung tidak tidur semalam ekoran terlaluuuuu 'syiookkkk' menelaah buku :p Mula bukak buku pukul 10.30 malam, berhenti untuk iklan TV kejap pada pukul 12.30 pagi * buntang mata tgk TV wahhh best nonton! dan sambung balik sampai pukul 4.30 pagi. Berangan untuk terus 'sleeping not beauty but also not ugly ' untuk 2 jam sebelum nk kena siap-siap g keje, namun Si jejaka yang benar ajak g sahur kat MCD!Okay okay demi GCB saya rela ;p * maka bulatan mata panda haruslah makin membesar ;p dan kesudahannya saya ngantok sangat-sangat kat pejabat pagi ni.Kepala makin memberat.Nah! ni belum campur berat sanggul rambut yang ala-ala saloma ni lagi ;p.Kenapa saya jadi begini, kenapa, kenapa dan kenapa????
Ini kerana saya suka mengumpul bahan-bahan bacaan terlebih dahulu dan mula membacanya pada 2,3 hari sebelum peperiksaan
Ini kerana saya lebih suka membuang masa daripada menelaah buku sebelum ini.
Ini kerana saya lebih ' PAKSA RELA ' tengok citer korea!
Ini kerana suami saya suka ajak saya pergi jalan-jalan, makan angin, cuci mata
Ini kerana saya agak sebok menyediakan kelengkapan Aidilfitri
Ini kerana saya agak sebok membakar pelbagai jenis kuih raya untuk santapan keluarga dan sahabat handai
Ini kerana saya sebenarnya malas baca buku
Semoga luahan saya ini mendapat perhatian pensyarah yang saya sayangi.Percayalah kepada semua jawapan saya kecuali yang bakar kuih raya.Itu rekaan semata-mata bagi mengukuhkan alasan saya.
Sekian, terima kasih
![]() |
| Inilah salah satu penyumbang terhadap kekerapan saya terbabas melencong ke lain setiap kali nak ulangkaji pelajaran.Dushhh satu tumbukan lemah gemalai, liuk lintuk manja-manja sayang untuk dia ;p |
sk : Encik Pensyarah yang hensem Bin baik hati

No comments:
Post a Comment