Salam Ramadhan semua! Selamat menunaikan ibadat puasa ya.
Pejam celik pejam celik. Sekejab sahaja masa, dah pun bulan Ramadhan. Saya? Excited tu pasti kerana pertama kali berpuasa dengan insan bernama suami. Okay. Ini cerita pengalaman pertama seorang isteri menyambut Ramadhan di sisi suami ya!
Ramadhan ini memang pengalaman baru saya sebab semasa zaman bergelar anak dara, semuanya di tanggung beres ayah dan bonda. Hehe. Mula-mula pening juga kepala memikirkan menu untuk santapan sahur malam nanti. Tak sabar-sabar mahu menunaikan ibadat puasa pertama bersama sang lelaki kesayangan saya. Selepas puas memikir memerah idea, suami dan saya sudah sepakat. Menu kami sahur nanti ialah Nasi Goreng USA. Hehehe. Nama je western, tapi home-made air tangan isteri ya!
Kami saja nak makan yang simple saja sebab almaklumlah, bersahur berdua. Tiba-tiba rindu Abah dan Mama yang jauh di sana. Eh, sayu nya!
Jadi, selamat berpuasa semua. Saya perlu tidur awal. Nanti tak pasal-pasal tak bersahur pula kami nanti! hehehe. Daaa!
**Eh, lapar pulak tengok gambar-gambar ilham idea. Semua google ya!**



No comments:
Post a Comment