Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.
Duk godek-godek satu blog ni ada cerita pasal ' Jauhi Zina '.Dan hati nurani tergerak nak mengomel pasal menda ni.Entri ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa hamba Allah pun,cuma ianya lebih kepada ingat-mengingati sesama sendiri.Juga ingatan untuk saya sendiri.Dan untuk renungan kita bersama.InsyaAllah.
Bila berbicara pasal perkara ni, tunjang utama dia tentulah berkait rapat dengan dosa, maruah diri, maruah keluarga dan macam-macam lagi lah.
Dan apa yang peling menyedihkan, dunia sekarang, manusia hipokrit begini ada dimana-mana.Bagi mengaburi mata ibubapa, sanggup bertudung litup.Namun hakikatnya diri penuh tercalit noda.Memandang manusia lain sebelah mata.Merasakan diri mereka paling hebat.Walhal mereka tidak sedar yang diri mereka hina lebih hina daripada kucing kurap yang dibuang di jalanan.Nauzubillah.
Kadang-kadang mereka merasakan diri mereka terlalu cerdik, tapi padahal diri mereka terlalu bodoh!Bodoh di dalam mengikut hawa nafsu.Bodoh terhadap diri sendiri.Bodoh dalam memikirkan masa depan.Bodoh di dalam mempertahankan prinsip dan maruah diri.Dan,bila syaitan menguasai diri, mereka makin lupa akan batasan.Mereka makin alpa dengan ajaran agama.Mereka bahagia hanyut dengan dunia kotor mereka.
Bagi yang masih ingin mempertahankan maruah diri atau bagi mereka yang dah insaf and bertaubat taknak buat lagi, kat sini saya nak share beberapa tips yang patut diamalkan bagi mengelakkan benda-benda yang tak elok berlaku.Selamat membaca semua!
1) Sentiasa ingat Allah S.W.T walau dimana kalian berada.Ingat bahawasanya Dia sentiasa melihat apa yang kita lakukan
2)Simpanlah gambar ayahnda bonda dalam purse masing-masing.Bayangkan macamamana perasaan mereka jika kita mencoteng arang di muka mereka.Macam mana mereka nak berhadapan dengan masyarakat? macam mana mereka nak berhadapan dengan jiran tetangga.Banyak terjadi kes bila anak dah buat silap, dah conteng arang, maka mak ayah lah individu paling bertanggungjawab menanggung aib kalian.Mula lah mak ayah malu nak keluar rumah.Malu nak hadir mana-mana majlis kenduri-kendara jiran tetangga.Kalau boleh mereka nak buat rumah tu macam penjara.Terkurung je dalam 'penjara' mereka.
3)Sentiasa berterus-terang dengan mak ayah mana kita nak pergi.Ini kerana mereka boleh mengawasi kita.Takdelah kita akan tersasar jauh kan? Ini tak asyik nak tipu mak ayah je.Tidur rumah boyfie, bagitahu tido rumah kawan perempuan.Isk Serious elakkan perangai hipoktrit macam ni.
4)Jauhi melepak tempat yang sunyi-sunyi berdua-duaan. * dengar lagu KALAU BERPACARAN smapai lebam. Ini kerana bila kita berdua akan ada yang ketiga.SYAITAN!
5)Buka minda, luaskan akal.Gunalah otak fikir secara matang* bagi yang masih belasan tahun ataupun mereka yang umur dah nak masuk 30. Please guna akal anda.Fikir masak-masak.Ini semua melibatkan masa depan kalian.fikirlah secara logik,kalau lelaki tu memang nak kahwin dengan kita takkan dia nak rampas maruah kita kan.Mesti dia akan pertahankan.Silap-silap haribulan dia akan rakam video dan edarkan lagi.Siapa yang malu, kalian jugakkan.So, jauhi zina!
6) Sentiasa sematkan dalam hati yang ' aset ' anda tu hanyalah milik suami anda yang sah.Harus pertahankan sehabis kudrat, sekuat tenaga, setebal iman di dada.Tanamkan azam untuk menjadikan suami anda seorang yang paling bertuah.InsyaAllah dia akan lebih menghargai kita.
Itu saja yang dapat saya coretkan untuk entri kali ini.Jadi kita sebagai kaum hawa hendaklah mempertahankan kesucian kita semua okay.Tingkatkan martabat anda!
No comments:
Post a Comment