Semalam bos hantar saya outstation lagi.Kali ke 6 untuk bulan June.Terima kasih bos! * eh perlu ke ada tanda seruan?
Saya tinggalkan lagi jejaka kesayangan saya demi mencari sesuap nasi T_T. Perjalanan yang memakan 3 jam pergi dan 3 jam balik ini amat memenatkan kerana saya terpaksa memandu En Suzuki saya bersendirian.* kalau ada teman langsung x penat sbb mulut asyik exercise ;p
Namun ada insiden yang menekan sanubari saya.Dalam perjalanan pergi saya telah dilayangkan sekeping surat cinta.Saya sudah berkahwin!Hati saya sudah dimiliki.Sanubari saya sudah dijanjikan hanya untuk dia!jiwa saya hanya akan mati juga untuk dia!
Dan dalam layangan surat itu juga, si pemberi surat ajak dating sekurang-kurangnya dalam masa 10 hari.OMG! That means saya kena jumpa dia paling lewat hari Jumaat ni.Kemon! Kemon! Kemon! Dugaaaaannnnn T_T
Otak puas berfikir cara bagaimana untuk memberitahu perkara ini pada jejaka kesayangan.Perlukah dialog berlangsung seperti ini :
"Sayang, smlm Abg JPJ saman kete I sbb tinted gelap? pastu I kena gi jmpa dia dalam masa 10 hari?U temankan i boleh? " * sambil mata kelip-kelip manja
Okey, harap dialog ini berjaya mendapat senyuman manis dari jejaka kesayangan.Amin
Dan untuk semua abg-abg JPJ sekalian, terima kasih diatas surat cinta a.k.a surat saman semalam.
Sekian luahan dari saya.
Daripada,
Si pengguna jalan raya yang berhemah!
haha,...
ReplyDeletenakal..
sudah kujangka kalau tak surat cinta dr abang MBKT mesti dr traffic of JPJ..
btw...congrates dpt surat chenta..hehe